HOMESTAY
KODAMA mengelola dan menguruskan Tapak Perniagaan Pasar Pagi kepada lokaliliti tempatan.

Pengenalan
Homestay Relau terletak di Relau, Kedah, Malaysia, merupakan pilihan penginapan yang menawarkan pengalaman unik untuk merasai kehidupan di kampung. Dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi dan suasana desa yang tenang, homestay ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai kehidupan harian penduduk tempatan, termasuk aktiviti pertanian, makanan tradisional, dan adat budaya Melayu.
Pengunjung Antarabangsa
Homestay Relau juga telah mendapat pengunjung dari luar negara terutamanya pengunjung dari Jepun. Selain daripada itu, program yang dianjurkan oleh universiti tempatan juga gemar membuat program di homestay relau.


Aktiviti Kampung
Pelbagai aktiviti kampung yang terdapat dan telah dilakukan di homestay relau seperti aktiviti gagau ikan, menoreh getah dan sebagainya.
Kebudayaan
Aktiviti kebudayaan di kampung merangkumi pelbagai aktiviti yang menggambarkan warisan, seni, dan tradisi tempatan. Sebagai contohnya seperti mencanting batik, tarian tradisional, kraf tangan, dan muzik tradisional.

Permainan Tradisional
Terdapat beberapa permainan tradisional yang menarik di homestay relau seperti lari dalam guni, congkak, batu 7, tarik upih dan sebagainya. Permainan tradisional ini diadakan supaya generasi akan datang tidak lupakan permainan yang lama.
VIDEO PRMOTION JAPANESE LANGUAGE
Saksikan video daripada Homestay Relau. Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik.