KEBAJIKAN
Koperasi Daya Maju Relau Berhad ( KODAMA ) telah mengambil berat tentang penduduk tempatan kampung Relau dan juga ahli koperasi.
Program Membersih Kawasan Perkuburan
Menganjurkan satu porgram kerja amal yang melibatkan penduduk setempat dan komuniti. Tujuan untuk memberi kesedaran bahawa perlunya menjaga persekitaran tanah perkuburan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa untuk pengunjung ketika mereka datang menziarahi pusara ahli keluarga mereka.
Jamuan Raya
Jamuan Raya adalah peluang untuk berkumpul bersama keluarga, sahabat, dan jiran tetangga. Ini dapat mengeratkan hubungan dan memperkuat ikatan silaturahim antara satu sama lain.
Gotong - Royong
Program gotong-royong ini dapat memberi kesedaran positif kepada penduduk bahawa pentingnya kebersihan persekitaran setempat. Kebaikkan daripada aktiviti ini dapat mengurangkan risiko nyamuk aedes, kawasan tidak berbau, dan permandangan kawasan setempat kelihatan dalam keadaan yang baik dan bersih.