SEJARAH PENUBUHAN KOPERASI

 

Permulaan 

 

Sejarah penubuhan koperasi ini dicetuskan idea dari Timbalan Pengerusi Homestay Malaysia iaitu Tuan Hj Abdul Razak Bin Hj Hamid. Beliau mengambil inisiatif dengan mengumpul semua ahli-ahli homestay.

 


 

 

Jumlah Ahli

 

Pada masa itu sebanyak 28 buah rumah yang terlibat dengan homestay. Pada tahun 2013 bermulalah dengan mengumpul ahli seramai 30 orang sehingga harini sudah menjadi seramai 63 orang ahli koperasi yang aktif.

 

 

 

 

KODAMA

Semua ahli koperasi adalah dari kampung relau. Pada tahun yang sama juga koperasi ini diberi nama Koperasi Daya Maju Relau ( KODAMA ).
Singkatannya ialah KODAMA. KODAMA ini bermaksud sebuah keretapi yang laju yang popular di Jepun. Di dalam KODAMA mempunyai ahli lembaga koperasi seramai 12 orang dan selebihnya adalah ahli biasa.

 

 

 

Perakuan Pendaftaran

 

Perakuan pendaftaran koperasi diperakukan bahawa Koperasi Daya Maju Relau Berhad telah didaftarkan dibawah seksyen 7(1) akta koperasi 1993.