SEWAAN TAPAK PASAR PAGI
KODAMA mengelola dan menguruskan Tapak Perniagaan Pasar Pagi kepada lokaliliti tempatan.

Tujuan
Tapak pasar pagi merupakan salah satu pendapatan bulanan yang diusahakan oleh pihak koperasi. Tujuan ini diadakan untuk membantu penduduk tempatan mendapat pendapatan bulanan dan juga memudahkan penduduk membeli barang mentah, makanan dan juga bahan masakan.
Waktu Operasi
Pada setiap hari jumaat, pasar pagi ini akan beroperasi pada pukul 7:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Dengan wujudnya penyewaan tapak pasar pagi ini, secara tidak langsung dapat membantu menjana pendapatan bulanan koperasi.


Sambutan
Tapak pasar pagi ini telah mendapat sambutan daripada penduduk kampung relau dan juga dari kawasan persekitarannya.
Kutipan Sewa Tapak
Setiap minggu akan dilantik seorang ahli untuk mengutip duit penyewaan tapak.
